AGENSI

Sertai Discover PKNS Race 26 Ogos ini, peluang menang hadiah wang tunai

17 Ogos 2023, 1:04 PM
Sertai Discover PKNS Race 26 Ogos ini, peluang menang hadiah wang tunai

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 17 OGOS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencari 100 pasukan untuk menyertai Discover PKNS Race yang menawarkan hadiah keseluruhan RM5,900 pada 26 Ogos ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Muhammad Sobree Zainal Abidin berkata pertandingan berkonsep eksplorace itu bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di Kompleks PKNS Shah Alam.

"Setiap pasukan diwajibkan mempunyai empat ahli dan 59 pasukan terawal  mendaftar hanya perlu membayar yuran RM59. Bagi pasukan ke 60 hingga 100 pula perlu membayar yuran RM100," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata juara akan membawa pulang RM2,000, RM1,000 (kedua), RM600 (ketiga), RM350 (keempat), RM200 (kelima), RM150 (keenam hingga 10) dan RM100 (11 hingga 20).

"Orang ramai dijemput memeriahkan ulang tahun PKNS ke-59. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Nazri di talian 012-287 8787," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619