AGENDA

Nahas pesawat: PM, menteri ucap takziah, doa keluarga mangsa tabah

17 Ogos 2023, 12:14 PM
Nahas pesawat: PM, menteri ucap takziah, doa keluarga mangsa tabah

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, pada 2.40 petang tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan itu.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semua ahli keluarga tabah dengan ujian itu.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah buat semua keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina petang tadi. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut termasuk seorang kenamaan dalam nahas pesawat itu.

Menurut Hussein,  lapan daripada mereka ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619