AGENDA

Warga negara lahir Ogos ditawar tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas

15 Ogos 2023, 12:53 PM
Warga negara lahir Ogos ditawar tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Sempena ulang tahun ke-49 Petronas, warga Malaysia yang lahir pada bulan Ogos berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk melawat Menara Berkembar Petronas.

Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook Menara Berkembar Petronas, tawaran itu terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket. Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilh dengan konsep first come first served.

Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Obervation Deck di menara berkenaan.

Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619