ADN

ADN Teratai, Taman Templer tekad balas kepercayaan pengundi

15 Ogos 2023, 9:15 AM
ADN Teratai, Taman Templer tekad balas kepercayaan pengundi
ADN Teratai, Taman Templer tekad balas kepercayaan pengundi

Oleh AZIAN AZIZ dan DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 OGOS: Dua muka baharu iaitu ahli dewan undangan negeri (ADN) Teratai dan Taman Templer berazam mengotakan janji dalam kempen pilihan raya negri (PRN)

ADN Teratai Yew Jia Haur berkata pihaknya akan menyelesaikan segera masalah banjir kilat di Taman Putra dan Taman Muda, Ampang yang berpunca longkang tersumbat.

"Permohonan kepada pihak berkaitan akan segera dibuat. Longkang lama diganti longkang baharu bagi memastikan aliran air tidak tersumbat ketika hujan lebat.

"Kita dapati longkang sempit, mendap serta lama hingga menyebabkan aliran air tidak lancar dan berlaku banjir terutama ketika hujan lebat,” katanya yang berterima kasih atas kepercayaan penduduk dan berjanji memberikan khidmat yang terbaik termasuk menunaikan manifesto.

[caption id="attachment_597950" align="aligncenter" width="688"] Anfaal Saari ketika menghadiri program saringan dan tips kesihatan di Taman Selayang Mutiara ,Jalan Mutiara 3/4, Batu Caves pada 3 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Bagi wakil rakyat Taman Templer Anfaal Saari, usahanya kini untuk memperkasa pendidikan kanak-kanak dan ekonomi golongan wanita, pekerja gig, peniaga serta penjaja dalam tempoh 100 hari.

"Usaha perkasakan ekonomi khususnya golongan wanita ini untuk pastikan mereka terbabit dalam bidang keusahawanan sama ada wanita yang bekerjaya mahupun suri rumah.

"Saya tak bercadang buat perkara baharu sebaliknya tumpu untuk fokus kepada isu yang telah dijanjikan dalam tempoh 100 hari sekiranya terpilih mewakili penduduk untuk bawa suara mereka sidang DUN," katanya.

Beliau berkata usaha menambah baik prasarana juga akan dilaksanakan seperti dewan serba guna dan pasar bagi meninglatkan keselesaan penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619