AGENSI

Hijrah peruntuk RM4.92 juta bimbing 949 individu berniaga

15 Ogos 2023, 8:43 AM
Hijrah peruntuk RM4.92 juta bimbing 949 individu berniaga

SHAH ALAM, 15 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menyediakan RM4.92 juta bagi membantu 949 individu memulakan perniagaan menerusi skim Zero To Hero setakat Julai lalu.

Pengurus Kanan Operasinya Shaharuddin Yacob berkata kebanyakan peserta memilih perniagaan makanan dengan setiap daripada mereka diberi latihan bersesuaian bagi menambah pengetahuan.

"Peserta dibantu menjalankan perniagaan mengikut minat masing-masing. Mereka belajar melalui latihan dan kursus diberikan kerana mungkin ada yang tiada atau kurang pengetahuan," katanya.

Beliau juga mempelawa rakyat Selangor yang berminat menjalankan perniagaan untuk memohon skim pembiayaan berbentuk pakej perniagaan itu sehingga RM10,000.

"Kita masih ada peruntukan untuk membiayai skim pinjaman ini, jadi pemohon yang tidak pernah menjalankan aktiviti perniagaan tetapi ingin belajar berniaga sendiri boleh mohon," katanya.

Diperkenal sejak 2016, skim Zero To Hero menawarkan pembiayaan sehingga tiga tahun khusus kepada individu yang mahu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Selain menerapkan latihan, pemasaran dan bimbingan, peserta yang layak boleh memohon pinjaman Hijrah, manakala syarikat peneraju membekalkan peralatan serta bahan perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619