AGENDA

Penduduk teruja jualan murah kembali, barangan laris kurang dua jam dijual

15 Ogos 2023, 6:58 AM
Penduduk teruja jualan murah kembali, barangan laris kurang dua jam dijual
Penduduk teruja jualan murah kembali, barangan laris kurang dua jam dijual
Penduduk teruja jualan murah kembali, barangan laris kurang dua jam dijual
Penduduk teruja jualan murah kembali, barangan laris kurang dua jam dijual
Penduduk teruja jualan murah kembali, barangan laris kurang dua jam dijual

KLANG, 15 OGOS: Lima barangan keperluan asas dalam program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Palembang, Rantau Panjang di sini laris tidak sampai dua jam dijual.

Jualan bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa itu membabitkan ayam, telur, ikan kembung, daging dan beras.

Pegawai Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Zarina Taslim berkata, 400 ekor ayam dibawa beserta telur manakala ikan kembung, daging dan minyak masak masing-masing 300 pek dan botol.

[caption id="attachment_597925" align="alignleft" width="426"] Pegawai Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Zarina Taslim. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Telur habis dalam tempoh kurang dari satu jam diikuti ayam, beras, daging dan ikan. Sambutan amat menggalakkan dan penduduk beratur di luar dewan seawal 8 pagi,” katanya ditemui di lokasi jualan hari ini.

Sementara itu, pesara Mohd Rakim Salamon, 59, berkata, dia tiba jam 9.30 pagi dan ketika itu barisan sudah panjang dan masing-masing menunggu giliran untuk membeli keperluan harian.

“Inisiatif ini amat bagus kerana barangan dijual berpatutan dan meringankan beban rakyat terutama untuk warga emas dan kurang berkemampuan.

[caption id="attachment_597926" align="alignright" width="404"] Pesara Mohd Rakim Salamon, 59. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Cuma saya harap selepas ini kuantiti setiap barangan ditambah sedikit mengikut lokasi jualan dan kepadatan penduduk,” katanya.

Suri rumah, Zainuri Othman, 56, berkata dia sudah lebih lima kali datang ke jualan murah itu untuk mendapatkan barangan dapur.

“Antara barang yang wajib beli ialah telur kerana sangat murah berbanding pasaran luar selain ayam dan beras. Barangan dijual bukan sahaja murah tetapi berkualiti.

[caption id="attachment_597927" align="alignleft" width="377"] Zainuri Othman, 56. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya sangat gembira apabila Kerajaan Negeri masih kekal ditadbir dan jualan ini diteruskan kembali  kerana ia membantu menjimatkan belanja dapur,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat Julai, penganjuran JER diadakan di lebih 2,400 lokasi dengan mencatat nilai jualan RM60 juta termasuk pemberian subsidi bersasar lebih RM20 juta dari Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_597931" align="aligncenter" width="736"] Petugas menyediakan barangan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang pada 15 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619