AGENSI

Unisel tawar bantuan yuran asas, terbuka alumni diploma

14 Ogos 2023, 6:05 AM
Unisel tawar bantuan yuran asas, terbuka alumni diploma
Unisel tawar bantuan yuran asas, terbuka alumni diploma

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 14 OGOS: Institusi milik Kerajaan Negeri, Universiti Selangor (Unisel) menawarkan tajaan yuran asas menyambung pengajian untuk alumni diploma.

Universiti itu memaklumkan insentif di bawah program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) berjumlah RM500 bertujuan meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah.

"Tawaran dibuka khusus kepada lepasan diploma universiti awam berkenaan, yang bermastautin di Selangor, dan menyambung pengajian bagi pengambilan Ogos tahun ini.

"Unisel menawarkan pengecualian yuran proses bagi pengecualian kredit (CE) dan pemindahan kredit (CT) selain bantuan yuran asas universiti (BAYU) yang layak.

"BAYU merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dan Unisel untuk memberikan pelepasan yuran asas bagi anak dan pemastautin Negeri Selangor bernilai RM500," katanya di Facebook.

Maklumat lanjut boleh hubungi Unisel di talian 03-55223400 atau 0183788756 (Cik Noor Suraya) atau 0183728049 (Cik Rehan) atau layari laman sesawang www.unisel.edu.my.

Pada 28 Mei lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM4 juta diperuntuk bagi meneruskan program BAYU yang memberi manfaat kepada 4,000 pelajar secara keseluruhan.

BAYU ialah bantuan yuran asas merangkumi bayaran perpustakaan, makmal, teknologi maklumat, kesihatan dan aktiviti pelajar yang meringankan beban kewangan kepada pelajar terutama bagi golongan B40 dan M40.

Bantuan itu khusus untuk pelajar di IPT milik Kerajaan Negeri iaitu Unisel dan Universiti Islam Selangor (UIS).

Pada 2023, insentif ditambah baik dengan meningkatkan bantuan mengikut semester pengajian iaitu sebanyak dua kali setiap tahun pengajian berbanding sekali sahaja sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619