AGENDA

Bekalan air enam kawasan terjejas pulih hampir 95 peratus

14 Ogos 2023, 12:08 AM
Bekalan air enam kawasan terjejas pulih hampir 95 peratus
Bekalan air enam kawasan terjejas pulih hampir 95 peratus

SHAH ALAM, 14 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 94.8 peratus bagi kumpulan satu dan 52.2 peratus bagi kumpulan dua setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Facebook memaklumkan tempoh masa pemulihan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi https://hentitugas.airselangor.com/ selain aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi di talian 15300.

Kelmarin, operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.

Susulan itu, pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619