AGENDA

HARAPAN, BN bentuk kerajaan di Selangor

12 Ogos 2023, 4:02 PM
HARAPAN, BN bentuk kerajaan di Selangor

SHAH ALAM, 12 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) telah memperolehi majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu untuk terus menerajui Selangor, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di sini pada Sabtu memaklumkan HARAPAN telah memenangi 29 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Selangor setakat pukul 11.31 malam.

"Dengan ini ia berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan," katanya.

Selangor merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 65 peratus, setakat pukul 4 petang pada Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, HARAPAN membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 51 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619