AGENDA

Tidak sempat mengundi, warga emas temui ajal selepas celup jari

12 Ogos 2023, 9:56 AM
Tidak sempat mengundi, warga emas temui ajal selepas celup jari

SEREMBAN, 12 OGOS: Seorang wanita meninggal dunia ketika hendak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata warga emas berumur 83 tahun itu dikatakan tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sejurus selepas dia mencelup jari ke dalam botol dakwat sebelum mengundi, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh oleh ahli keluarganya, dan sebaik tiba di klinik berkenaan, warga emas berkenaan dikatakan telah sedar, namun paras oksigennya didapati semakin menurun.

“Bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan oleh pembantu pegawai perubatan ke atas wanita itu, namun dia tidak berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya difahamkan wanita itu pernah mengadu kepada keluarganya bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik mengerjakan umrah baru-baru ini, dan rekod perubatan mendapati warga emas itu adalah pesakit darah tinggi.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619