ad
ADN

Kehadiran selebriti pengaruhi orang ramai keluar mengundi

12 Ogos 2023, 8:04 AM
Kehadiran selebriti pengaruhi orang ramai keluar mengundi
Kehadiran selebriti pengaruhi orang ramai keluar mengundi
Kehadiran selebriti pengaruhi orang ramai keluar mengundi
Kehadiran selebriti pengaruhi orang ramai keluar mengundi

Oleh Shamz Johan

AMPANG JAYA, 12 OGOS: Kehadiran beberapa selebriti di pusat mengundi memberi isyarat kepentingan membuang undi pada pilihan raya negeri hari ini.

[caption id="attachment_597591" align="alignleft" width="271"] Azwan Ali [/caption]

Calon Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli berkata golongan itu mampu mempengaruhi orang ramai dan peminat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Mereka mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai, sedikit sebanyak kehadiran mereka memberi signal (isyarat) kepada orang awam betapa pentingnya untuk mengundi," katanya.

[caption id="attachment_597592" align="alignright" width="270"] Sasha Saidin [/caption]

Beberapa selebriti yang ditemui ialah bekas ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin. Beliau yang kini menetap di Dubai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Pelakon Adam Corrie pula membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Permata manakala Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA yang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Klang Gate.

Selain itu, rapper yang juga calon Lembah Jaya Altimet membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat di sini hari ini.

[caption id="attachment_597593" align="alignleft" width="269"] Adam Corie[/caption]

Juwairiya menambah kehadiran pengundi masih perlahan di beberapa pusat pembuangan undi walaupun ada pusat pembuangan undi yang dibuka seawal 7.30 pagi.

"Tidak seperti Pilihan Raya Umum lalu, walaupun begitu, masih ada masa lagi, jadi saya menyeru warga Hulu Kelang untuk menunaikan tanggungjawab kerana ia akan menentukan keputusan (kerajaan) kelak," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.