AGENDA

HARAPAN-BN diramal pertahan Selangor, saingan sengit kerusi Melayu

11 Ogos 2023, 1:20 PM
HARAPAN-BN diramal pertahan Selangor, saingan sengit kerusi Melayu

SHAH ALAM, 11 OGOS: Selangor dan Pulau Pinang diramal kekal di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) walau persaingan di kerusi 70 hingga 90 peratus bermajoriti Melayu amat sengit.

Menurut firma tinjauan pendapat Merdeka Center, gabungan tersebut juga mampu mempertahan Negeri Sembilan walau Perikatan Nasional (PN) dijangka cuba menembusi beberapa kerusi.

Begitu juga tiga negeri bawah Perikatan Nasional (PN) yang diramal berjaya kekal di tangan gabungan tersebut.

"Keputusan sedia ada di enam negeri. Kedah, Kelantan dan Terengganu akan kekal di tangan PN sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan terus dipegang HARAPAN-BN," kata firma tersebut.

Namun, PN dijangka berupaya mengembang pengaruhnya di kerusi bermajoriti Melayu di Kedah, selain berkemungkinan merampas kerusi yang disandang wakil BN di Kelantan dan Terengganu.

Umumnya, HARAPAN-BN terus meraih sokongan pengundi bukan Melayu tetapi peratusan keluar mengundi etnik ini esok tidak dapat dipastikan.

Seramai 6,179 responden terlibat di semua negeri yang ditinjau antara 3 Julai hingga 11 Ogos secara berperingkat-peringkat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619