AGENDA

PM seru pengundi tunai tanggungjawab esok, pilih kerajaan stabil (VIDEO)

11 Ogos 2023, 9:17 AM
PM seru pengundi tunai tanggungjawab esok, pilih kerajaan stabil (VIDEO)

SHAH ALAM, 11 OGOS: Perdana menteri menyeru pengundi di enam negeri untuk menunaikan tanggungjawab memilih calon di kawasan masing-masing dalam pilihan raya negeri (PRN) esok.

Menerusi video di media sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berharap pengundi terutama anak muda memilih parti dan kerajaan yang stabil bagi memulihkan semula ekonomi negara.

"Pastikan memilih calon yang didukung untuk menerajui kerajaan negeri dan parlimen Kuala Terengganu. Mudah-mudahan ia berjalan lancar dan baik serta tenang menyempurnakan tanggungjawab.

"Kepada pengundi termasuk anak muda yang baharu mendapat peluang, saya percaya mereka akan memilih dengan bijak bagi keamanan negara, kestabilan dan parti yang boleh memulihkan ekonomi, memberi jaminan pekerjaan serta keselesaan hidup kepada diri, keluarga dan negara tercinta," katanya.

https://twitter.com/anwaribrahim/status/1689909969787985920

Selain Selangor, PRN turut berlangsung serentak di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu juga diadakan esok berikutan keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon Pas Datuk Ahmad Amzad Hashim pada 27 Jun.

Pada 8 Ogos, seramai 97,388 anggota tentera dan polis bersama pasangan selesai menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN di enam negeri berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619