AGENDA

Kemenangan HARAPAN-BN jamin kestabilan, lonjak kemajuan

11 Ogos 2023, 7:57 AM
Kemenangan HARAPAN-BN jamin kestabilan, lonjak kemajuan
Kemenangan HARAPAN-BN jamin kestabilan, lonjak kemajuan

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) menjamin kestabilan dan melonjak kemajuan ekonomi negara.

Pengerusi HARAPAN negeri berkata perkara itu dibuktikan menerusi beberapa manifesto ditawar Kerajaan Perpaduan yang mementingkan kebajikan setiap golongan.

"Rancangan (manifesto) kita bukan hanya bagi RM500, RM100 (duit), sepanjang lima tahun sejak 2018 hingga 2023 Selangor berjaya mencipta 89,000 peluang pekerjaan baharu.

"Sebab itu dengan tradisi yang ada dalam sejarah pembangunan dan pengurusan negara kini, kita yakin untuk tempoh lima tahun lagi kita boleh cipta 100,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat negeri ini," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian pada Festival Grand Finale Kita Selangor #ArusMerahKuning di padang AU2 Keramat, malam tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[caption id="attachment_597400" align="alignnone" width="773"] Penyokong HARAPAN melaungkan slogan Kekal Lima Tahun pada program Ceramah Grand Finale Perpaduan #ArusMerahKuning di pada AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua berharap rakyat memberi peluang kepada HARAPAN membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu untuk tempoh lima tahun.

Jelasnya, kemenangan HARAPAN dan BN di Selangor juga tidak sekadar membolehkan pembangunan diteruskan tetapi mahu menjaga keamanan, kestabilan negara yang haru biru disebabkan oleh pengkhianat gila kuasa.

"Justeru, 12 Ogos semua orang Melayu, orang Cina, orang India di Selangor kena turun beramai-ramai pastikan untuk undi HARAPAN atau BN. Rakyat perlukan perpaduan, kestabilan dan kehidupan yang mampan bukannya kehuru-haraan dan ketidakstabilan.

"Bermula dengan pengundi kali pertama sehingga pengundi hampir enam tujuh kali, ini tanah kita ini tugas kita untuk pertahankan Selangor daripada jadi tempat pengkhianat yang mahu merosakkan kehidupan rakyat, politik dan negara kita.

"Jadi, lima tahun lagi kita perlukan untuk sambung tugas kita, kita perlukan lima tahun lagi, kekal lima tahun. Kita selangor," laungnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619