AGENDA

PM: Calon wanita bakal tumbangkan pengkhianat di Hulu Kelang

11 Ogos 2023, 6:03 AM
PM: Calon wanita bakal tumbangkan pengkhianat di Hulu Kelang

OLEH SHAMZ JOHAN & SHEEDA FATHIL

GOMBAK, 11 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) yakin calon wanita yang dipertaruh di Hulu Kelang mampu menumpaskan lawan dari Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri esok.

Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan itu bersandarkan semangat dan sokongan jelas rakyat terutama anak muda supaya kerajaan perpaduan mentadbir Selangor.

"Kita hantar puteri muda Juwairiya Zulkifli untuk mengalahkan pengkhianat 'si kitol' dan tentunya panglima di Selangor yang menyantuni rakyat dan rajin bekerja Dato' Seri Amirudin Shari.

"Ketika orang lain tidur nyenyak, orang Selangor bangkit pertahan hak mereka dan luar biasa pada malam ini (malam tadi) ketimbang program lain, kehadiran begitu ramai anak muda Selangor.

"Kalau beginilah sikap anak muda, berani, ada idea, senang dengan kebebasan, hak dan ma'aruf, benci ketidakadilan, fitnah, amalan sakau dan rasuah, masa depan Selangor dan Malaysia Insya-Allah lebih cerah. Saya tabik anda semua," katanya.

Bercakap dalam ceramah di AU2 malam tadi, perdana menteri turut mengingatkan seruan Pertubuhan Profesor G70 supaya pengundi menolak calon yang memainkan sentimen agama dan kaum.

Anwar juga menegaskan pentadbirannya selepas ini tidak akan bertoleransi dengan pihak yang sering mempermain hukum Allah dan mengkafirkan seseorang sewenang-wenangnya.

"Selepas ini, saya tidak akan bertolak ansur dengan perkara karut ini. Negara ini mesti selamat dan menyantuni semua rakyat. Islam agama persekutuan, kita tingkatkan kefahaman islam.

"Kita tingkat penguasaan dan martabat bahasa Melayu, jamin hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, pertahan kedaulatan Raja-Raja tetapi jangan hina mana-mana kaum," katanya lagi.

Kerusi Hulu Kelang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Juwairiya dan mantan Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619