ADN

Dapat 1,000 undi lagi, BN pertahan kerusi Semenyih

10 Ogos 2023, 6:55 AM
Dapat 1,000 undi lagi, BN pertahan kerusi Semenyih

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

HULU LANGAT, 10 OGOS: Pengerusi Pakatan (HARAPAN) Selangor memberi bayangan rakan gabungan Barisan Nasional (BN) kian menghampiri kemenangan kerusi Semenyih.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata peluang calon Wan Zulaikha Anua untuk menang besar tetapi jentera perlu meraih kira-kira 2,000 undi lagi bagi memastikan kerusi itu dipertahan BN.

"Kalau dapat cari 1,000 undi, tidak mustahil BN hantar wakil rakyat wanita. Kalau boleh, cari lagi 2,000 (undi) dan Semenyih deliver (menang), kita jadi kerajaan yang kuat," katanya.

"Wan Zulaikha sebut tadi, memang nampaknya belum lagi lepas paras air (kemenangan) tetapi hanya tinggal satu inci lagi hendak lepas (capai kemenangan).

"Semua kena pastikan turun, Melayu, Cina, India, pilih (Kerajaan) Perpaduan. Orang Semenyih kena pilih calon nombor satu Wan Zulaikha," katanya dalam program Ramah Mesra Perpaduan Semenyih Kita Selangor di Beranang di sini malam tadi.

Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar menjangka gabungan itu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Dalam pilihan raya kecil 2019, calon BN Zakaria Hanafi menang kerusi Semenyih dengan 19,780 majoriti. Kali ini, Wan Zulaiha berdepan calon Perikatan Nasional Nushi Mahfodz.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619