AGENDA

Perkhidmatan rel jadi nyata jika HARAPAN-BN menang DUN Sungai Panjang

9 Ogos 2023, 5:14 AM
Perkhidmatan rel jadi nyata jika HARAPAN-BN menang DUN Sungai Panjang

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

SUNGAI BESAR, 9 OGOS: Impian untuk melihat perkhidmatan rel di Sungai Besar hanya boleh direalisasikan sekiranya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang menjadi milik Pakatan Harapan (HARAPAN) - Barisan Nasional pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan, DUN Sungai Panjang mesti menjadi penyumbang untuk membentuk Kerajaan Negeri sekali gus memiliki majoriti dua per tiga.

"Nak tengok kereta api dari Klang lalu di Sungai Besar sampai ke Sabak Bernam, orang Sungai Panjang kena pastikan Kerajaan Perpaduan menang di DUN Sungai Panjang.

"Pembinaan rel kereta api, Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa (MRT), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan (LRT) ini mesti ada kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, sebab itu Kerajaan Negeri kena kekal dengan Kerajaan Persekutuan," ucapnya.

Amirudin yang juga calon kerusi Sungai Tua bercakap demikian dalam Ceramah Himpunan Perpaduan Selangor Utara di Kampung Hala Baru Sungai Panjang, di sini malam tadi.

DUN Sungai Panjang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dato' Mohd Imran Tamrin yang dicabar Mohd Razali Saari dari Perikatan Nasional (PN).

Semasa pelancaran Tawaran Kita Selangor oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Isnin lepas, Amirudin membentangkan janji bagi mewujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam.

Selain itu, ia juga akan menghubungkan jajaran rel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619