AGENDA

HARAPAN pertahan Melayu, pengundi diingat tidak terpengaruh sentimen kaum

8 Ogos 2023, 1:19 PM
HARAPAN pertahan Melayu, pengundi diingat tidak terpengaruh sentimen kaum
HARAPAN pertahan Melayu, pengundi diingat tidak terpengaruh sentimen kaum

KUALA LANGAT, 8 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) tetap akan mempertahankan institusi Melayu walaupun didakwa sebaliknya oleh pembangkang.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai isu untuk dimainkan sebaliknya lebih kepada serangan politik dengan membawa naratif kaum dan agama.

"Saya dari KEADILAN adalah Melayu, pemimpin utama saya Melayu, rakan kongsi utama kita dari Amanah 99 peratus Melayu, daripada Umno 101 peratus orang Melayu.

“Kita tidak pernah sekali gadai nasib serta masa depan orang Melayu dan kita tetap pertahankan orang Melayu dalam negara dan negeri kita.

“Isu tulisan Jawi dahulu, arahan jelas dari saya tulisan Jawi dan rumi sahaja yang jadi papan tanda jalan, keputusan HARAPAN disokong DAP dan Amanah. Jadi, orang Melayu tidak perlu rasa tergugat,” katanya.

Beliau berucap di hadapan ratusan penduduk pada ceramah Arus Merah Kuning di sini malam tadi.

[caption id="attachment_596994" align="alignnone" width="500"] Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad ketika menyertai ceramah Arus Merah Kuning di Al Rashid Arena, Sungai Kelambu Kuala Langat pada 8 OGOS 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI[/caption]

Dato' Menteri Besar turut mengingatkan pengundi tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman yang dimainkan PN pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Kalau kita pilih PN suara orang Melayu akan menjadi suara pembangkang. Orang Melayu selaku kaum majoriti kena jadi kerajaan.

“Nak jadi kerajaan di Selangor dan persekutuan, orang Melayu kena sokong Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619