ADN

Pusat sehenti digital gilap bakat e-sukan di Jeram

8 Ogos 2023, 2:00 AM
Pusat sehenti digital gilap bakat e-sukan di Jeram

OLEH YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

KUALA SELANGOR, 8 OGOS: Calon Barisan Nasional kerusi Jeram berhasrat membina pusat sehenti bagi memudahkan anak muda khususnya di sekitar Puncak Alam memperoleh capaian internet percuma.

Datuk Jahaya Ibrahim juga mahu menganjurkan lebih banyak program e-sukan pada masa depan seterusnya mencungkil bakat baharu dari kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Beliau juga menegaskan kepentingan untuk memastikan anak muda menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seiring perkembangan pendigitalan pada masa ini.

“e-Sukan adalah industri yang meningkat naik secara mendadak dan kini berkembang ke peringkat Sukan Malaysia (Sukma) dan antarabangsa," katanya semalam.

Beliau ditemui ketika mengunjungi peserta e-sukan Mobile Legends di Puncak Alam 3 di sini. Pertandingan itu menawarkan hadiah RM1,500 bagi tempat pertama hingga keempat selain sagu hati.

Beliau berdepan Harrison Hassan daripada Perikatan Nasional dalam saingan satu lawan satu dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619