AGENDA

Undi awal: Pegawai, anggota polis diminta laksana proses demokrasi

7 Ogos 2023, 8:47 AM
Undi awal: Pegawai, anggota polis diminta laksana proses demokrasi

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diminta melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata mengundi adalah hak yang diamanahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ditunaikan.

“Ini merupakan satu manifestasi kepada rakyat bahawa PDRM mendokong proses demokrasi dalam mengundi. Oleh itu, sila laksanakan akauntabiliti mengundi semua warga PDRM yang terlibat,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Polis Negara (KPN) sempena PRN di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan penugasan dalam tempoh kempen dan hari mengundi pada Sabtu ini agar melaksanakan amanah itu dengan penuh dedikasi dan berhemah.

“Warga PDRM diminta mengekalkan tahap profesional yang tinggi dan kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi,” katanya.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundian awal akan melibatkan 49,660 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal.

SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu pada 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari hingga 11.59 malam pada 11 Ogos.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619