ADN

Naik taraf jalan rosak di DUN Sungai Kandis antara tumpuan utama Zawawi

7 Ogos 2023, 1:30 AM
Naik taraf jalan rosak di DUN Sungai Kandis antara tumpuan utama Zawawi

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KLANG, 7 OGOS: Usaha menaik taraf jalan rosak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis antara tumpuan utama Mohd Zawawi Ahmad Mughni sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata peruntukan RM1 juta dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) sudahpun diluluskan bagi menaik taraf Jalan Sekolah dan Jalan Sopan di Johan Setia.

"Jalan ini sudah beberapa kali dibaiki namun permukaan jalan kembali rosak kerana ia menjadi laluan kenderaan berat.

"Penduduk setempat mengadu kerana jalan ini adalah laluan utama ibu bapa berulang alik menghantar anak ke sekolah selain penduduk di perumahan sekitar,” katanya.

Sebelum ini, penyandang kerusi DUN Sungai Kandis turut melaksanakan kerja naik taraf parkir Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia dengan peruntukan bawah Projek Selangor Penyayang (PSP)berjumlah RM40,000.

PSP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri berteraskan pembangunan fizikal dan dilaksanakan di kesemua 56 DUN mulai September 2022.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Selangor memperuntukkan RM28 juta sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keutamaan projek itu melibatkan penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619