AGENDA

Dr Fahmi yakin pengalaman kerja dengan Anwar mudahkan pembangunan Seri Setia

6 Ogos 2023, 2:30 AM
Dr Fahmi yakin pengalaman kerja dengan Anwar mudahkan pembangunan Seri Setia
Dr Fahmi yakin pengalaman kerja dengan Anwar mudahkan pembangunan Seri Setia
Dr Fahmi yakin pengalaman kerja dengan Anwar mudahkan pembangunan Seri Setia

PETALING JAYA, 6 OGOS: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yakin pengalaman sebagai bekas pekerja kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membantunya membangunkan kawasan itu ke arah yang lebih sejahtera.

Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata antara tiga tumpuan utama yang mahu diselesaikan di kawasan berkenaan termasuklah isu infrastruktur, keselamatan, sosial dan peluang pekerjaan buat anak muda.

[caption id="attachment_596639" align="aligncenter" width="801"] Calon Pakatan Harapan DUN Seri Setia Dr Fahmi Ngah berucap dihadapan ratusan penduduk ketika ceramah 'Arus Merah Kuning’ di Desa Mentari, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Kelebihan saya sebelum ini pernah bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bagi contoh sekiranya ada infrastruktur di Desa Mentari perlu diselesaikan dan saya tulis surat kepada kementerian atau majlis bandaraya.

"...kemudian surat itu saya 'cc' (dengan salinan) kepada menteri kewangan iaitu PM (perdana menteri) kita, Insya-Allah beliau akan baca dan permohonan disegerakan," katanya dalam ceramah 'Arus Merah Kuning’ peringkat DUN Seri Setia di Desa Mentari di sini malam tadi.

[caption id="attachment_596641" align="aligncenter" width="808"] Sebahagian daripada ratusan penduduk yang menghadiri ceramah 'Arus Merah Kuning’ peringkat DUN Seri Setia di Desa Mentari, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Dr Mohammad Fahmi yang juga pengarah urusan Institut Penyelidikan Selangor turut berharap Kerajaan Negeri kelak dapat membentuk kerajaan perpaduan seperti di peringkat persekutuan supaya banyak perkara boleh diselesaikan dengan mudah.

"Nak selesaikan masalah infrastruktur sudah tentu kita perlukan dana, kalau Selangor sama dengan kerajaan persekutuan saya yakin permohonan dana menjadi mudah.

"Keupayaan Kerajaan Negeri sangat terhad jika kita kerjasama dengan persekutuan ia amat membantu malahan kita berpeluang mendapatkan limpahan ekonomi yang baik," katanya.

Dr Mohammad Fahmi yang mewakili Pakatan Harapan bakal bersaingan dengan calon daripada Perikatan Nasional, Bebas dan MUDA dalam pilihan raya negeri 12 Ogos.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619