ADN

Tumpu pengundi 'atas pagar', dekati belia dan wanita Hulu Kelang

6 Ogos 2023, 2:05 AM
Tumpu pengundi 'atas pagar', dekati belia dan wanita Hulu Kelang

Oleh Shamz Johan

AMPANG JAYA, 6 OGOS: Dekati pengundi muda dan wanita antara strategi calon Pakatan Harapan (Harapan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Juwairiya Zulkifli berkata setakat lapan hari berkempen, jenteranya sudah turun ke lebih 20 daerah mengundi.

"Bagi pusingan kedua kempen ini, kami sasar beri tumpuan kepada pengundi 'atas pagar' kerana saya berlawan dengan nama besar yang dikenali ramai.

"Oleh itu, kita bekerja kuat siang dan malam, turun ke pasar, pangsapuri dan pergi rumah ke rumah untuk memperkenalkan diri (kempen)," katanya.

Beliau ditemui pada program walkabout disertai Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Pasar Tani AU2, Taman Keramat di sini semalam.

Juwairiya turut menjelaskan pihaknya akan melihat isu perpindahan pasar tani ke tapak baharu yang disuarakan peniaga.

"Ini sebenarnya tapak kedua (dipindah), disebabkan faktor pembangunan sekitar, ada kemungkinan (peniaga) dipindahkan semula, kita sedang lihat perbincangan lanjut DBKL dan Fama supaya kebajikan terjaga selain lokasi strategik dan perniagaan tidak terjejas," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619