ADN

Semangat perpaduan jentera bantu kemenangan tiga DUN di Gombak

5 Ogos 2023, 12:46 PM
Semangat perpaduan jentera bantu kemenangan tiga DUN di Gombak

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 5 OGOS: Disiplin dan semangat perpaduan dimiliki jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) mampu membantu kemenangan tiga calon gabungan itu di Gombak.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berkata usaha meyakinkan pengundi juga diteruskan bagi memastikan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditawan pada 12 Ogos.

"Saya yakin di Gombak kita boleh menang ketiga-tiga DUN dan kita perlu bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kemenangan kali ini," katanya yang juga Dato' Menteri Besar.

Tiga kerusi berkenaan ialah Sungai Tua yang disandang Amirudin sejak 2008 (dahulu dikenali DUN Batu Caves, Hulu Kelang (Juwairiya Zulkifli) dan Gombak Setia (Datuk Megat Zulkarnain Omardin).

Beliau ditemui pada acara gotong-royong memasak bubur sempena program Asyura Perpaduan DUN Gombak Setia di Pusat Komersial Taman Sri Gombak, Batu Caves petang tadi.

Sementara itu, Megat Zulkarnain yakin kemenangan berpihak kepadanya berdasarkan keterbukaan pengundi selain kesungguhan dan kerjasama jentera HARAPAN-BN dalam berkempen.

"Ini bukanlah kayu pengukur, saya akan terus menyantuni seberapa ramai pengundi dan meyakinkan mereka sehingga saat terakhir kempen," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619