ADN

Anak seniman tawar pengalaman bantu rakyat di Batu Tiga

3 Ogos 2023, 5:42 AM
Anak seniman tawar pengalaman bantu rakyat di Batu Tiga

OLEH ABDUL RAHIM SABRI

SHAH ALAM, 3 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) kerusi Batu Tiga menawarkan pengalamannya untuk membantu rakyat sebagai sandaran utama bertanding dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Danial Al-Rashid, 37, percaya pengalaman termasuk menjadi pegawai khas EXCO kesihatan awam, perpaduan, wanita dan pemberdayaan keluarga memudahkannya berurusan dengan pelbagai pihak.

"Harap pengalaman menyantuni setiap orang, sebagai (bekas) ahli majlis (Majlis Bandaraya Shah Alam) membantu rakyat, akan membawa saya ke tahap seterusnya," kata beliau pad 30 Julai.

Graduan bidang Matematik Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis itu pernah memegang jawatan lain antaranya:

- Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

- Ketua Jabatan Yayasan Warisan Anak Selangor

- Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor

Bapa empat anak yang juga ketua pemuda HARAPAN Selangor itu sebenarnya anak seniman terkenal Allahyarham Harun Salim Bachik dan mahir bermain gitar.

Lakonan Allahyarham antaranya drama bersiri Rumah Kedai yang ditayang pada 1988 hingga 1993. Presiden Persatuan Seniman Malaysia juga berlakon dalam filem Man Laksa, Baik Punya Cilok dan KIL.

Danial berdepan saingan tiga penjuru melibatkan bekas menteri Datuk Seri Rina Harun dari Perikatan Nasional dan Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen dari MUDA.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619