SELANGOR

Calon HARAPAN DUN Permatang tekad bantu golongan muda miliki rumah sendiri

2 Ogos 2023, 8:35 AM
Calon HARAPAN DUN Permatang tekad bantu golongan muda miliki rumah sendiri

TANJONG KARANG, 2 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang tekad membantu golongan muda miliki rumah sendiri sekiranya dipilih pada pilihan raya negeri.

Mohd Yahya Mat Sahri berkata dia bercadang mewujudkan Skim Rumah Permatang Madani yang menampilkan penempatan mampan dan berteknologi hijau.

"Generasi muda Permatang berhadapan dengan ketidakmampuan memiliki rumah sendiri ekoran harga hartanah di Selangor yang tinggi dan sukar mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

"Saya akan berunding dengan Kerajaan Negeri, syarikat milik Kerajaan Negeri dan persekutuan bagi menampilkan Skim Rumah Permatang Madani," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama HARAPAN semalam.

DUN Permatang menyaksikan pertembungan dua penjuru iaitu Pak Ya berdepan Nurul Syazwani Noh dari Perikatan Nasional (PN). Hari mengundi pilihan raya negeri ditetapkan 12 Ogos ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619