AGENDA

MB yakin punyai kelebihan, namun tidak pandang mudah potensi lawan

2 Ogos 2023, 12:15 AM
MB yakin punyai kelebihan, namun tidak pandang mudah potensi lawan

SEPANG, 2 OGOS: Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yakin mempunyai kelebihan dan sokongan dalam pilihan raya negeri (PRN) dengan mempertaruh rekod 15 tahun berbakti di kawasan itu.

Namun, Dato’ Seri Amirudn Shari yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor menyifatkan ia bukanlah tiket untuk beliau 'terlalu selesa' dan mengambil mudah potensi lawannya.

“Kempen terus berjalan. Dalam tempoh 15 tahun mungkin saya ada sedikit kelebihan kerana orang agak kenal saya di sana. Tetapi kalangan pengundi muda, mereka mungkin tidak menyedari situasi sekeliling.

"Justeru, kerja kempen masih diteruskan dan saya yakin masih dapat sokongan. Cuma kita tidak ambil mudah atau rasa begitu selesa,” katanya selepas menyerahkan hak milik individu Taman Putra Perdana (Plot J) di sini, semalam.

Pada PRN kali ini, kerusi Sungai Tua menyaksikan saingan tiga penjuru antara Amirudin menentang calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin dan Bebas Suman Gopal pada PRN.

Amirudin yang juga ahli Parlimen Gombak menyandang kerusi itu (sebelum ini dikenali sebagai DUN Batu Caves) sejak 2008 dan terus kekal untuk tiga penggal berturut-turut hingga pilihan raya umum ke-14.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619