ADN

Calon BN DUN Dengkil tawar tujuh inisiatif untuk rakyat

1 Ogos 2023, 7:10 AM
Calon BN DUN Dengkil tawar tujuh inisiatif untuk rakyat

Oleh AMIRUL FAZLI

DENGKIL, 1 OGOS: Tujuh inisiatif diperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil demi kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

Noorazli Said berkata ia merangkumi inisiatif kesihatan, infrastruktur, keagamaan, pendidikan, sukan, kebajikan dan ekonomi.

"Saya bersikap realistik dan tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi saya lebih memilih untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk penduduk di kawasan saya.

"Saya melihat tawaran ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat di Dengkil untuk kita bangunkan kawasan ini," katanya kepada Selangorkini.

Menurut calon berusia 45 tahun itu pemilihan calon seiring dengan Kerajaan Negeri dan pusat memberi kelebihan kepada penduduk Dengkil.

"Kita dapat membangunkan kawasan ini lebih baik kerana agenda kita selari bersama pentadbiran negeri dan ini memberi keuntungan kepada penduduk," katanya.

DUN Dengkil menyaksikan pertandingan empat penjuru dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor 12 Ogos ini.

Noorazli dicabar Datuk Seri Jamil Salleh (Perikatan Nasional), Darren Ong (Parti Sosialis Malaysia) dan Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (Parti Utama Rakyat).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619