AGENSI

MBI belanja besar laksana program pendidikan negeri

31 Jul 2023, 5:39 AM
MBI belanja besar laksana program pendidikan negeri

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 31 JULAI: Sebahagian besar perbelanjaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI digunakan untuk pembangunan pendidikan negeri.

Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporatnya memaklumkan inisiatif yang diletakkan bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) menerima peruntukan sekitar RM20 juta sejak 2018.

Menurut Ahmad Azri Zainal Nor, program dijalankan meliputi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Bantuan Asas Yuran Universiti dan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi.

"Sebut soal kewangan kukuh, hampir RM7 juta peruntukan disediakan untuk PTRS. Tahun ini sahaja, seramai 65,000 pelajar tingkatan lima mendapat manfaat tersebut.

"Di peringkat universiti pula ada hadiah masuk universiti dengan bantuan asas RM1,000 kepada 3,000 pelajar terawal yang memohon. Ada juga tajaan penuh pelajar ke universiti terkemuka," katanya.

Bercakap dalam program temu bual bersama Astro Awani pagi tadi, Ahmad Azri memaklumkan MBI juga menyediakan program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

Jelasnya, inisiatif tersebut akan membiayai pelajar yang mengambil kursus teknikal dan latihan vokasional (TVET) bawah institusi negeri seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Selangor.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619