AGENDA

Polis siasat punca budak sembilan tahun mati mengejut di rumah

31 Jul 2023, 2:05 AM
Polis siasat punca budak sembilan tahun mati mengejut di rumah

TAIPING, 31 JULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada kira-kira 11 pagi.

“Pihak polis dan ambulans dari Hospital Taiping telah bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Razlam berkata pihak forensik D10 Polis Diraja Malaysia Perak telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat di bawa ke jabatan forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Polis mengklasifikasikan siasatan awal sebagai kematian mengejut, katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619