ADN

Lokasi strategik, calon hasrat jadikan Dengkil hab pelancongan

30 Jul 2023, 6:47 AM
Lokasi strategik, calon hasrat jadikan Dengkil hab pelancongan

OLEH AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 30 JULAI: Menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil sebagai hab pelancongan antara agenda utama calon Barisan Nasional (BN) jika memenangi kawasan tersebut.

Noorazli Said berkata cadangan itu berikutan lokasinya berhampiran lapangan terbang utama dan pusat pentadbiran negara yang akan mencipta lebih banyak peluang kerja.

"Dengkil mempunyai potensi dan rugi jika tidak menggunakan peluang ini sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk setempat," katanya kepada Selangorkini.

Calon berusia 45 tahun itu juga berhasrat membawa pendekatan politik matang dengan mengutamakan kebajikan rakyat dan menolak kontroversi yang tidak membawa kebaikan.

Pada masa sama, ketua Umno Bahagian Sepang yang juga ahli perniagaan memilih untuk menyertai politik kerana ingin membantu penduduk susah di kawasannya.

"Saya dari keluarga susah dan cukup memahami nadi rakyat. Disebabkan itu, perkara paling utama ialah membantu rakyat Dengkil dalam pelbagai perkara termasuk peluang pekerjaan," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619