AGENDA

Darul Ehsan Berselawat 2.0 kumpul ribuan umat Islam

30 Jul 2023, 3:53 AM
Darul Ehsan Berselawat 2.0 kumpul ribuan umat Islam
Darul Ehsan Berselawat 2.0 kumpul ribuan umat Islam
Darul Ehsan Berselawat 2.0 kumpul ribuan umat Islam

SHAH ALAM, 30 JULAI: Ribuan umat Islam menghadiri majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam malam tadi.

Program anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program melibatkan bacaan selawat dan zikir munajat selain Gema Haflah al-Quran, qasidah, mahalul qiyam serta tausiyah serta pertandingan hafazan dan seni khat.

[caption id="attachment_595722" align="aligncenter" width="605"] Orang ramai mengalunkan bacaan qasidah diketuai Ustaz Neezam Albanjari pada majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada 29 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Acara itu turut menampilkan ulama dan pendakwah terkenal dalam dan luar seperti Sheikh Abu Zaki, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Sheikh Abdullah Jahaf, Ustaz Neezam Al-Banjari dan Babul Mustofa.

Sebelum ini, program sama yang diadakan julung kali pada 14 Januari lalu bertemakan ‘Bernafas Dalam Hawqalah – Fakir Ila Allah’ mendapat sambutan menggalakkan.

[caption id="attachment_595724" align="aligncenter" width="617"] Orang ramai mengalunkan bacaan qasidah diketuai Ustaz Neezam Albanjari pada majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang berlangsung di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada 29 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619