AGENDA

HARAPAN-BN Selangor bentang tawaran lima tahun lonjak kemajuan negeri

29 Jul 2023, 11:00 AM
HARAPAN-BN Selangor bentang tawaran lima tahun lonjak kemajuan negeri

SHAH ALAM, 29 JULAI: Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan tawaran untuk lima tahun pada Isnin ini jika kerjasama gabungan itu menang pilihan raya negeri.

Pengerusi HARAPAN negeri Dato' Seri Amirudin Shari percaya ia bakal melonjakkan negeri ke tahap lebih tinggi melalui kerja berpasukan yang menawarkan khidmat kepada rakyat.

"Pasukan Perpaduan Selangor akan melancarkan tawaran untuk lima tahun akan datang pada 31 Julai di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam jam 8:30 malam," katanya pada 29 Julai.

Beliau yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua juga yakin HARAPAN menang sehingga 70 peratus kawasan dalam PRN meski ada saingan sengit di beberapa DUN.

Amirudin berkata keyakinan itu dibuktikan dengan situasi penamaan calon yang berjalan lancar dan meriah hasil gerak kerja seluruh jentera gabungan tersebut.

"(Ia) hanya dapat direalisasikan dengan pasukan yang ikhlas, padu, bersetiakawan dan mampu menawarkan khidmat dengan jujur untuk mengangkat maruah dan martabat orang Selangor," katanya.

Seramai 56 calon HARAPAN dan BN akan bertanding di Selangor yang mana 26 DUN berdepan saingan dua penjuru, 25 kawasan (tiga penjuru) dan 5 kawasan (empat penjuru).

Hari mengundi PRN ditetapkan 12 Ogos ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619