AGENDA

Hormati bulan kemerdekaan, jangan berkempen isu sensitif

29 Jul 2023, 9:12 AM
Hormati bulan kemerdekaan, jangan berkempen isu sensitif

GOMBAK, 29 JULAI:  Calon pilihan raya negeri diingatkan bertanding secara sihat dan tidak berkempen menggunakan isu sensitif bagi menghormati bulan kemerdekaan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata meskipun negara mengamalkan demokrasi dan bebas berekspresi, namun ia tidak boleh melanggar batas undang-undang.

"Kita bebas berbicara dan berekspresi namun batas undang-undang, adab dan tatasusila mesti dijaga. Kita raikan demokrasi dan mahu bertanding secara sihat.

"Jangan mengadu domba dan memecah-belahkan masyarakat. Kita diambang menyambut Merdeka dan Hari Malaysia. Jangan salah guna media sosial dengan memainkan isu agama, raja dan kaum sepanjang kempen," katanya.

Terdahulu beliau hadir memberikan sokongan kepada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican yang mewakili Barisan Nasional (BN) serta calon DUN Rawang Chua Wei Kiat dan calon DUN Taman Templer Anfaal Saari yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN).

Fahmi berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melaporkan hampir 100,000 kandungan bersifat perkauman atau mengadu domba dimuat naik di media sosial.

"Kali ini sekiranya ada pihak salah guna media sosial dengan letakkan kandungan bersifat 3R pihak berkuasa sedia ambil tindakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619