ad
AGENDA

Raja Muda Selangor berkenan beri anugerah kepada tiga usahawan OKU

27 Jul 2023, 11:00 AM
Raja Muda Selangor berkenan beri anugerah kepada tiga usahawan OKU
Raja Muda Selangor berkenan beri anugerah kepada tiga usahawan OKU

Oleh AZIAN AZIZ

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menganugerahkan tiga usahawan orang kurang upaya (OKU) sebagai Ikon Usahawan dalam pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia.

Tengku Amir Shah yang mencemar duli menghadiri majlis anjuran Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Hasanah di Hotel Sunway di sini hari ini.

Baginda turut menjadi juri bersama empat yang lain yang mendengar pembentangan perniagaan daripada 10 usahawan selama tiga jam, seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

[caption id="attachment_595377" align="alignnone" width="827"] Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang turut menjadi juri bagi pusingan akhir LIga Usahawan OKU Malaysia di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur pada 27 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Usahawan tanjak, Nor Zaidah Abd Rahman dipilih sebagai juara diikuti Mawar Mohd Nor (beg batik Lailatol) dan tempat ketiga, Nur Zakiah Dzulkifli (minyak wangi).

Mereka membawa pulang piala, sijil dan geran perniagaan Program Usahawan OKU Malaysi (SAY Lead Pro) bernilai RM2,000.

Melalui program ini para pemenang dapat mengembangkan perniagaan menerusi akses pasaran baharu dan eksport.

Liga Usahawan OKU Malaysia merupakan inisiatif SAY, sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan Tengku Amir Shah. Ia disertai usahawan cacat fizikal, autisme, pekak, buta dan mental dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.