AGENDA

Negeri belanja RM719 juta ganti paip usang demi keselesaan rakyat

27 Jul 2023, 4:01 AM
Negeri belanja RM719 juta ganti paip usang demi keselesaan rakyat

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sejumlah RM719 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi menggantikan paip usang di seluruh Selangor demi keselesaan rakyat.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata lebih 600 kilometer (km) paip usang ditukar ketika pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Semasa era pentadbiran Pakatan Harapan, jumlah paip yang ditukar ada 615km, jumlah lebih besar berbanding pentadbiran sebelumnya yang hanya menukar 213km sahaja," katanya menerusi Facebook.

Kelmarin menerusi sesi audio siar Sembang Katup Pintu Amirudin memaklumkan lebih 600 km paip usang selesai diganti pentadbiran negeri secara berfasa sejak 2016 demi keselesaan rakyat.

Ahli Parlimen Gombak itu menjelaskan penggantian paip kritikal diberi keutamaan, namun tidak menafikan ia mengambil sedikit masa berikutan menelan kos yang tinggi.

Sebelum ini Amirudin menjelaskan Selangor mempunyai 30,000km paip, dengan 6,000km kritikal perlu diganti segera, namun dibuat secara berfasa berikutan membabitkan kos tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619