PBT

Jejambat, pelebaran jalan antara cadangan selesai kesesakan di Alam Sari

26 Jul 2023, 12:30 PM
Jejambat, pelebaran jalan antara cadangan selesai kesesakan di Alam Sari

OLEH NINA FARZUIN MD SHAROM

KAJANG, 26 JULAI: Pembinaan jejambat dan pelebaran jalan raya antara cadangan penyelesaian jangka pendek bagi menangani isu kesesakan di Jalan Alam Sari dan Jalan Reko di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Najmuddin Jemain berkata cadangan itu hasil perbincangan bersama pemaju Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kerja Raya pada 24 Mei.

“Pemaju diarah menyediakan pelan terperinci bagi cadangan melebarkan jalan di persimpangan jalan ke Jambatan Esset hingga Jalan Sungai Tangkas untuk mengurangkan kesesakan,” katanya.

Berucap dalam mesyuarat bulanan hari ini, beliau menjelaskan pihak perunding turut mengesyorkan pembinaan jejambat di Jalan Reko dari arah Kajang ke UKM, dengan kos sehingga RM70 juta.

Menurut Najmuddin, cadangan lain termasuk melebarkan Jalan Persiaran KWSP dan jambatan sedia ada kepada tiga lorong selain membina struktur jambatan baharu bagi cadangan jangka panjang.

Turut diusulkan, katanya, pembinaan Lebuhraya Putrajaya–Bangi (PBE) yang akan mempunyai laluan keluar masuk dari Jalan Bestari, Taman Universiti untuk mengatasi masalah kesesakan.

“Kesesakan berlaku di kebanyakan tempat walaupun ada lebuh raya kerana biasanya pengguna memilih laluan tanpa tol. Pembinaan lebuh raya ini tertakluk kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619