AGENDA

Kampung Kemensah, Kampung Asahan antara sembilan lokasi jualan murah esok

26 Jul 2023, 11:00 AM
Kampung Kemensah, Kampung Asahan antara sembilan lokasi jualan murah esok
Kampung Kemensah, Kampung Asahan antara sembilan lokasi jualan murah esok

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 26 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Puteri Central Park (Parlimen Selayang), Court 2, Puchong Utama (Parlimen Puchong), Dataran Hadapan Kedai PLB Morib (Parlimen Kuala Langat), dan pekarangan Taman Orkid (Parlimen Hulu Langat).

Program turut diadakan di Balai Raya Umno Kampung Asahan (Parlimen Kuala Selangor), Pusat Khidmat Kinrara (Parlimen Subang), Padang Rakyat Jalan Kebun (Kota Raja) serta dua kawasan Parlimen Gombak iaitu di Flat Selayang Mulia dan Kampung Kemensah.

Inisiatif meringankan beban rakyat itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Selain itu, PKPS juga mula menjual minyak masak paket dan daging kiub di beberapa lokasi terpilih.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619