AGENDA

PKPS, Segi Fresh meterai MoU perluas jualan murah di Selangor

25 Jul 2023, 12:23 PM
PKPS, Segi Fresh meterai MoU perluas jualan murah di Selangor
PKPS, Segi Fresh meterai MoU perluas jualan murah di Selangor

SHAH ALAM, 25 JULAI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pasar raya terkemuka Segi Fresh hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata kerjasama itu bertujuan memperluas capaian Jualan Ehsan Rahmah (JER) di negeri ini mulai 1 Ogos.

Menurutnya, Segi Fresh akan menjadi rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di premis rangkaian pasar raya itu di seluruh Selangor.

"Usahasama ini juga akan meneroka potensi bagi pembangunan serta pemasaran jenama keluaran PKPS iaitu produk Ehsan di 55 rangkaian premis Segi Fresh di Selangor.

"Kita percaya dengan termeterainya MoU ini ia akan melakukan anjakan paradigma kepada kedua-dua syarikat untuk membawa barangan lebih segar dan berpatutan kepada rakyat," katanya.

[caption id="attachment_595040" align="alignleft" width="395"] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi bercakap kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Segi Value Holdings di Wisma PKPS, Shah Alam pada 25 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani MoU antara PKPS dan Segi Fresh di Dewan Orkid Wisma PKPS di sini hari ini.

Dr Mohamad Khairil berkata harga bagi barangan itu juga ditawarkan 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

Mengulas sama ada JER masih dianjurkan berikutan barangan Ehsan boleh didapati di Segi Fresh, beliau berkata setakat ini JER berlangsung seperti biasa.

"Kita lihat kepada permintaan sekiranya ada mandat daripada Kerajaan Negeri, kita akan teruskan lagi JER seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Segi Value Holdings Sdn Bhd Chia Ah Keong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama itu demi membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

"Setakat ini kita miliki 55 premis Segi Fresh di Selangor dan untuk permulaan produk Ehsan akan dipasarkan di 24 premis sebelum diperluaskan ke seluruh pasar raya kita.

"Selepas ini kita sasar untuk cukupkan 100 premis Segi Fresh di Selangor hingga hujung tahun ini dan kita yakin produk Ehsan akan dijual di seluruh pasar raya kita pada masa akan datang" katanya.

Terdahulu, MoU ditandatangani Dr Mohamad Khairil mewakili PKPS dan Segi Fresh diwakili Pengarahnya Dato' Syed Haizam Hishamudin Putra Jamalullail sambil disaksikan Pengurus Besar Sektor Khidmat Pengurusan PKPS Noraini Mohamad Ramlan dan Chia Ah Keong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619