AGENSI

Modal kembang perniagaan, HIJRAH tawar pembiayaan hingga RM50,000

25 Jul 2023, 7:19 AM
Modal kembang perniagaan, HIJRAH tawar pembiayaan hingga RM50,000
Modal kembang perniagaan, HIJRAH tawar pembiayaan hingga RM50,000

SHAH ALAM, 25 JULAI: Usahawan di negeri ini yang memerlukan modal untuk mengembangkan perniagaan dipelawa memohon skim pembiayaan i-Bisnes.

Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) memaklumkan agensi itu menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana.

“Pembiayaan skim i-Bisnes ini terbuka kepada semua sektor perniagaan. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut.

“Skim ini membantu usahawan mendapatkan modal perniagaan  mengikut kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat serta tidak membebankan,” katanya di Facebook.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.

Selain skim i-Bisnes, Hijrah turut menawarkan skim i-i-Bermusim, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan Go Digital.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619