AGENDA

Istimewa Selangor, sedia banyak inisiatif bantu rakyat

25 Jul 2023, 12:59 AM
Istimewa Selangor, sedia banyak inisiatif bantu rakyat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Kejayaan Selangor mencatat kutipan hasil serta pelaburan tinggi membolehkan pentadbiran negeri ini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat.

Dato' Menteri Besar berkata kemampuan memperkenalkan program kebajikan, pendidikan hingga pengupayaan rakyat meletakkan Selangor lebih istimewa berbanding negeri lain.

“Misalnya Skim Mesra Usia Emas, dulu kita hanya beri kepada waris dan warga emas tidak merasa apa-apa. Kita tambah baik dengan memberi RM150 setiap tahun sepanjang hayat mereka dan apabila meninggal, waris diberi RM500.

“Kita akan cuba naik taraf dan baiki kesilapan. Saya percaya perkara ini harus dilakukan kerana ia proses berterusan,” katanya dalam sesi Town Hall Rakyat di Seksyen 15, di sini, malam tadi.

Di sebalik pelaksanaan pelbagai bentuk program, beliau berkata pentadbiran negeri juga perlu mendengar keluhan mahupun kritikan rakyat bagi menambah baik polisi sedia ada.

“Sudah pasti kalau kata puas hati sepenuhnya itu tidak mungkin berlaku dalam sebuah negara demokrasi. Jika sokongan cecah 60 hingga 70 peratus, itu mewakili demokrasi yang baik.

"Jadi penting juga untuk kita dengar keluhan, bantahan mahupun kritikan kerana sebahagian bantahan mungkin membawa kepada pembetulan polisi dan keputusan Kerajaan Negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619