AGENDA

Program KISS, SMUE ditambah baik, jumlah bantuan dinaikkan (VIDEO)

24 Jul 2023, 7:07 AM
Program KISS, SMUE ditambah baik, jumlah bantuan dinaikkan (VIDEO)
Program KISS, SMUE ditambah baik, jumlah bantuan dinaikkan (VIDEO)

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kerajaan Negeri menstruktur beberapa program kebajikan rakyat dengan menambah jumlah bantuan serta penerima manfaat.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dijenamakan kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) termasuk meningkatkan nilai bantuan bulanan.

Peserta BINGKAS menerima RM300 sebulan atau RM3,600 setahun berbanding RM200 sebulan atau RM2,400 setahun menerusi program KISS.

Maklum Dato' Seri Amirudin Shari, selain itu inisiatif Skim Mesra Usia Emas (SMUE) juga distruktur menjadi Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang memberi baucar membeli-belah kepada warga emas pada setiap tahun.

"Program ini ditambah baik dengan memberi baucar 'shopping' setiap tahun kepada warga emas semasa hidup berbanding menerima wang selepas meninggal dunia seperti zaman dahulu.

"Kesimpulannya, usah terpedaya dengan golongan pemecah belah yang menabur fitnah dan pembohongan. Kerajaan Perpaduan adalah gabungan terbaik untuk Selangor," katanya di Twitter.

Pada 6 Julai, Amirudin berkata SMUE ditambah baik supaya penerima berusia 60 tahun ke atas berpeluang menikmati bantuan kebajikan selagi mereka ada hayat.

Peserta inisiatif tersebut menerima baucar membeli-belah bernilai RM150 setiap tahun dan khairat kematian RM500.

Ia susulan tuduhan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam ceramah politik baru-baru ini, kononnya Kerajaan Negeri tidak lagi membela kebajikan warga emas.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1683096765732622336?t=QxeOkw_r1HqkMGGTxBHdNA&s=08[/embed]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619