AGENDA

Peluang orang ramai bertanya soalan kepada MB di Karangkraf malam ini

24 Jul 2023, 3:53 AM
Peluang orang ramai bertanya soalan kepada MB di Karangkraf malam ini

SHAH ALAM, 24 JULAI: Orang ramai dijemput hadir mengikuti sesi Town Hall Rakyat bersama Dato' Menteri Besar di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini malam ini.

Bermula 8.30 malam, program anjuran Sinar Harian membuka peluang kepada hadirin untuk bersoal jawab bersama pemimpin negeri itu berhubung isu setempat.

Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Facebook turut mempelawa mereka yang tidak dapat hadir untuk menonton siaran langsung di semua platform digital Sinar Harian termasuk di pautan www.sinarharian.com.my

Acara malam ini akan dikendalikan moderator yang juga pelakon terkenal Azhar Sulaiman.

Program seumpama itu kerap dianjurkan agensi berkenaan dengan menampilkan pemimpin setempat dan ahli akademik untuk merungkai isu semasa dalam negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619