AGENSI

Jualan murah bukti negeri cakna nasib rakyat, pengunjung tekad balas budi

24 Jul 2023, 12:58 AM
Jualan murah bukti negeri cakna nasib rakyat, pengunjung tekad balas budi
Jualan murah bukti negeri cakna nasib rakyat, pengunjung tekad balas budi
Jualan murah bukti negeri cakna nasib rakyat, pengunjung tekad balas budi
Jualan murah bukti negeri cakna nasib rakyat, pengunjung tekad balas budi
Jualan murah bukti negeri cakna nasib rakyat, pengunjung tekad balas budi

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

GOMBAK, 24 JULAI: Penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) di 2,400 lokasi seluruh negeri yang memanfaatkan 4.5 juta penduduk sejak Oktober tahun lalu membuktikan tekad Kerajaan Selangor mengatasi isu kenaikan harga barangan.

Memuji jualan yang menawarkan enam barang asas pada harga murah, Hafizuddin Abu Samah, 46, berkata keprihatinan pimpinan Dato' Seri Amirudin Shari dalam menjaga kebajikan rakyat wajar dibalas menerusi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos.

[caption id="attachment_594678" align="aligncenter" width="713"] Hafizuddin Abu Samah, 46[/caption]

"Harga barang mahal sekarang, jadi JER sangat membantu mengurangkan beban belanja dapur keluarga saya, amat bermakna kepada mereka yang memiliki bilangan ahli keluarga ramai.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengadakan program ini dan saya harap program ini berterusan dan dikekalkan.

"Budi baik Kerajaan Negeri ini pasti akan saya balas pada PRN, saya akan undi calon kerajaan perpaduan," kata pekerja swasta itu ketika ditemui pada program JER di Kampung Damai, Kuang, di sini semalam.

[caption id="attachment_594677" align="aligncenter" width="811"] Azila Basil, 32[/caption]

Pandangan sama turut dikongsi Azila Basil, 32, yang mengakui jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) banyak membantunya mengurangkan bebanan belanja dapur ketika ini.

"Pukul 8 pagi saya dah sampai. Saya tidak akan lepaskan peluang jika JER diadakan di DUN Kuang. Harga barang murah, jadi dapatlah saya berjimat untuk belanja dapur.

"Harap program ini diteruskan dan dikekalkan, memang banyak membantu saya sekeluarga dan saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang mengadakan program ini," kata suri rumah itu.

[caption id="attachment_594676" align="aligncenter" width="812"] Mohd Roslan Madras, 68[/caption]

Sementara itu bagi Mohd Roslan Madras, 68, berkata, JER banyak membantu meringankan bebannya sebagai seorang pesara selepas kebanyakkan harga barangan keperluan naik di pasaran.

"Pakcik ni pesara, pendapatan bergantung pada pencen yang memang terkesan dengan kenaikan harga barang. Jadi JER inilah yang sedikit sebanyak meringankan beban pakcik.

"Saya akan ke sini setiap kali JER diadakan, dapat beli barang asas dengan harga murah, kadang kala nasib baik dapat beli ikan lebih sekilo.

"Harap kerajaan negeri dapat kekal pada pilihan raya ni dan program ini diteruskan lagi untuk rakyat Selangor," katanya.

[caption id="attachment_594679" align="aligncenter" width="778"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena program Jualan Ehsan Rahmah peringkat Parlimen Selayang di Kampung Damai, Kuang di Gombak pada 23 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

JER diperkenalkan tahun lalu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai 15 Julai, jualan murah turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619