AGENSI

Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa dalam proses jaringan, pengumpulan data

23 Jul 2023, 10:44 AM
Pembinaan pusat prasekolah anak istimewa dalam proses jaringan, pengumpulan data

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pembukaan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) di kawasan luar bandar kini dalam proses jaringan bersama beberapa pihak dan pengumpulan data.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Gan Pei Nei berkata antara yang terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan, agensi persekutuan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu termasuk keperluannya supaya pembinaan pusat ANIS ini bermanfaat untuk lebih ramai individu.

"Kita juga mengumpul data dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan dan Kesihatan Selangor," katanya ditemui pada majlis Graduasi Pusat ANIS di Perpustakaan Raja Tun Uda (PPAS) di sini, hari ini.

Mengulas mengenai bantuan khas ANIS, beliau memaklumkan lebih 1,000 permohonan diterima sejak ia dibuka bermula Mac lalu.

"Setiap tahun kita memang terima lebih 1,000 permohonan tetapi yang layak hanya sebahagiannya sahaja. Setakat ini, permohonan sedang disemak dan ada juga telah diluluskan.

"Kita berharap peruntukan untuk bantuan ini dapat ditambah sedikit kerana ada permohonan yang menepati syarat tetapi tidak dapat diluluskan berikutan kuota penuh," katanya.

Awal tahun ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan pusat ANIS bakal dibina ke kawasan luar bandar antaranya Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, inisiatif khas tanpa bayaran yuran itu bertujuan menjadikan Selangor sebagai negeri yang mesra dan sejahtera untuk didiami semua lapisan masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619