PBT

MPAJ peruntuk RM17 juta laksana 33 projek baiki longkang, turap jalan

23 Jul 2023, 8:57 AM
MPAJ peruntuk RM17 juta laksana 33 projek baiki longkang, turap jalan

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 23 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melaksanakan sebanyak 33 projek pembaikan jalan dan prasarana di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), tahun ini.

Yang dipertuanya berkata sebanyak RM17 juta diperuntuk bagi projek merangkumi baiki dan turapan jalan, longkang serta kemudahan infrastruktur sekitar.

"Sebanyak 33 projek telah dijalankan Julai lepas dibawah peruntukan MARRIS sebanyak RM17 juta, malah ada juga (projek) yang sudah selesai," kata Dr Ani Ahmad ketika ditemui.

Menurutnya, projek pembaikan termasuklah menaik taraf longkang, pejalan kaki dan kemudahan infrastruktur seperti lampu jalan dan pagar.

Antara projek dijalankan adalah baik pulih longkang dan jalan secara turapan semula di jalan besar berhampiran SJKC On Pong, Mukim Ampang dan turapan jalan di Jalan Kosas 2, Taman Kosas.

Selain itu, kerja pembaikan di Jalan Pandan Bersih, Kampung Pandan, Jalan Pandan Indah 1 hingga 8 dan Jalan Bunga Melur 4, Taman Ampang Indah.

Terdahulu, beliau merasmikan laman anggur Kebun Komuniti Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat.

Beliau turut diiringi Timbalan Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Selangor, Beverlien Christine dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Rumah Pangsa AU2, Halim Mohamad Said, di sini, hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619