AGENDA

MB jawab isu setempat dalam dialog awam di Karangkraf malam esok

23 Jul 2023, 6:12 AM
MB jawab isu setempat dalam dialog awam di Karangkraf malam esok

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sesi dialog awam bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual malam esok di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Bermula 8.30 malam, program anjuran Sinar Harian membuka peluang kepada hadirin untuk bersoal jawab bersama pemimpin negeri itu berhubung isu setempat.

Sesi tersebut dikendalikan moderator yang juga pelakon terkenal Azhar Sulaiman, yang boleh ditonton secara dalam talian di pautan www.sinarharian.com.my.

Orang ramai yang ingin hadir secara fizikal pula perlu mengesahkan kehadiran di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8P9-e6GHnENpiSpswhpe1MCB_X_uL5EtYseh2KswnxUtfIA/viewform selewat-lewatnya hari ini.

Program tersebut kerap dianjurkan Sinar Harian dengan menampilkan pemimpin setempat dan ahli akademik untuk merungkai isu semasa dalam negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619