AGENDA

Dua rumah di Kampung Baru musnah dalam kebakaran

23 Jul 2023, 2:30 AM
Dua rumah di Kampung Baru musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 12.08 tengah malam dan seramai 13 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender, sebuah Light Fire Rescue Tender, satu tangki air serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi.

Beliau berkata pasukan operasi melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.

“Kejadian berkenaan tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dalam siasatan pihak forensik,” katanya dalam kenyataan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619