AGENDA

RS-1 wujud tawaran kerja, pendapatan lebih baik untuk golongan muda

22 Jul 2023, 11:12 AM
RS-1 wujud tawaran kerja, pendapatan lebih baik untuk golongan muda

PETALING JAYA, 22 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) merupakan sebahagian perancangan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan tawaran kerja lebih baik kepada golongan muda.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata menjadi hasrat Kerajaan Negeri menawarkan pekerjaan dengan pendapatan lebih RM2,000 berbanding gaji minima RM1,500.

"Kerajaan Negeri merancang dengan ambil kira semua peringkat anak muda sama ada pelajar, pekerja p-panggilan, sektor awam, swasta, remaja, sekolah menengah dan rendah.

"Kita merancang supaya negeri ada kesinambungan kecemerlangan, ada kekuatan sumber manusia dan kemampuan untuk kekal nombor satu penyumbang ekonomi Malaysia sekali gus menjadi contoh kepada negara serta boleh dibanggakan di luar negara kerana mempunyai anak muda yang kuat," ucapnya hari ini.

Beliau berucap pada program Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing yang diadakan di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Amirudin, golongan muda memainkan peranan penting untuk masa depan Selangor ke arah lebih baik berikutan 40 peratus penduduknya berusia 40 tahun ke bawah.

"Keterlibatan anak muda penting pada negara dan negeri khususnya. Sebab itu kita wujud program sejak mereka lahir, masuk universiti dan melaksana program kemahiran dan vokasional (TVET).

"Sekiranya diberi amanah lagi, saya percaya program ini akan terus diperkasa supaya dapat mewujudkan kerjaya baharu dan berpendapatan tinggi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619