DUN Permatang belanja RM125,800 tingkat prasarana tiga surau 

21 Jul 2023, 4:51 AM
DUN Permatang belanja RM125,800 tingkat prasarana tiga surau 
DUN Permatang belanja RM125,800 tingkat prasarana tiga surau 

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 JULAI: Tiga surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang siap dinaik taraf melibatkan kos RM125,800 menggunakan dana Projek Selangor Penyayang (PSP).

Penyandang kerusi DUN Permatang berkata kesemua surau yang siap antara 15 Jun dan 10 Julai bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat menjalani ibadah.

"Kerja naik taraf ini membabitkan Surau Ar Rasyidin (Tanjung Karang) melibatkan penukaran karpet, cat, pendawaian dan pembaikan bumbung menelan kos RM39,000.

"Pembaikan pagar di Surau Kampung Hang Tuah (Bestari Jaya) pula menelan kos RM50,000 dan pembaikan bumbung, pendawaian serta cat Surau Sri Makmur (Kuala Selangor) sebanyak RM36,800," katanya Rozana Zainal Abidin ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_594193" align="aligncenter" width="755"] Penyandang kerusi DUN Permatang Rozana Zainal Abidin melihat pagar Surau Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya yang siap dinaik taraf menggunakan peruntukan Projek Selangor Penyayang pada 5 Julai 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin[/caption]

Menerusi Belanjawan 2023 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan RM28 juta diperuntuk di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619